Thursday, July 9, 2009

Wednesday, July 8, 2009

Stoo Tey Cafe


Inilah dia pasangan kepada cocoa collagen !!! dirumus khas utk BUZZZ STAMINA Cik Abang kat luar sana......Ape lg...Jom try....... Baru la terangkat...Stoo Tey Tea(Lelaki) & Cocoa Colagen(Wanita) sesuai terutama :
1. Untuk sesiapa yang selalu kerja "OVERTIME" yang memerlukan tenaga berpanjangan dan tidak mengantuk di malam atau siang hari, tengok bila masa orang tu overtime..

2. Sesiapa yang selalu drive malam, balik kerja lewat, LEBIH-LEBIH LAGI NAK BALIK KAMPUNG....ABG2 DREBAR....lebih baik minum produk nie berbanding daripada anda minum nescafe, milo atau kopi <- Yang nie lagi ngantuk ader ler... Serendah RM2.00 secawan.
3. Lepas letih bersukan, minuman ini amat sesuai sekali sebagai pengembali tenaga dalam badan.
Kandungan Serta Khasiat
Tribulus Teresteris :Ia terkenal digunakan sebagai herba untuk meningkatkan libido dan kesuburan. Ia membantu melancarkan peredaran darah pada alat kelamin, mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolestrol.
Horny Goat Weed :Membantu meningkatkan kesihatan dan gaya hidup. Membantu meningkatkan tenaga, mengimbangi hormon dan melancarkan peredaran darah.
Bee Pollen :Mengandungi unsur antibiotik, membantu komposisi darah, merawat anemia, meningkatkan penghasilan antibody badan untuk menentang barah.
Madu Lebah :Digunakan untuk merawat hampir semua jenis penyait. Merawat ketidaksuburan, mencegah serangan sakit jantung, mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan meningkatkan tahap ketahanan badan.
Saw Palmetto :Mengurangkan simptom pembesaran kelenjar prostat (BPH) seperti kerap membuang air kecil terutama sekali diwaktu malam dan miningkat kualiti hidup secara umum.
Ginkgo Biloba :Meningkatkan daya ingatan dan penumpuan. Melancarkan peredaran darah dan menghilangkan tekanan. Mengandungi unsur anti-vertigo dan anti-depresisive.
Astragalus :Meningkatkan sistem ketahanan badan terhadap penyakit. Mengandungi unsur anti-oksida, anti-bakteria, anti-radang dan diuretic(membantu membuang cecair dari badan).
Ashwagandha :Mengandungi unsur sedatif, anti-oksida, ia juga digunakan untuk keupayaan seks disamping ia merupakan adaptogen dimana ia meningkatkan ketahanan badan terhadap tekanan dan keletihan.
Rehmannia :Dikenali juga sebagai “Chinese Foxglove”. Ia digunakan sebagai herba perubatan di Asia untuk merawat anemia, pening dan sembelit. Ia mengandungi vitamin A, B, C dan D.
Tongkat Ali :Meningkatkan hormon testosterone dalam badan disamping meningkatkan saiz otot, kekuatan dan keupayaan. Ia juga dapat melawan keletihan.
Maca :Meningkatkan libido dan kualiti semen, mengoptimumkan paras nutrien yang digunakan oleh sistem endoktrin.
Ginseng :Meningkatkan libido dan capulatory performance. Kandungan ginsenoidnya boleh membantu ereksi zakar. Ia juga meningkatkan ketahanan badan terhadap tekanan dan mengurangkan keletihan. ***Juga sesuai diminum oleh pesakit kencing manis dan darah tinggi.
Jika berminat sila hubungi :
Asfaziha

Selamat Mencuba

(",)
Alhamdulillah parcel dah smpi hari nih buat Cikgu Ibrahim & Kak Siti...kesian telur pindang retak ckit...jenuh aku dok pack telur pindang tur bagi tak pecah..he3!aper pun selamat mencuba Coco Collagen & Stoo Tey Cafe!


Kak Siti & Cikgu Ibrahim

NGEEEE!

CUCU PUAN ASMAH & CIKGU KARIM!


Asziatul Adwina

Abdul Aszqimi

Happy hour!

Nurdini Rabiah

Alhamdulillah....Yeah!!!
Tahniah buat Busu & Cik Ajit atas kelahiran puteri kesayangan yang dinanti2 selama ini, Nurdini Rabiah pada 24 Jun 2009 lalu...bertambah la keluarga kita...Alhamdulillah!
selepas 2 minggu kelahiran

selepas 1 hari dilahirkan

Cucu sulung & cucu bongsu


Micheal Jackson Dalam Kenangan

BEST PERFORMANCE BY MICHEAL JACKSON!

billy jeans! Micheal Jackson 30th Anniversary!

smooth criminal!best dance!

MICHEAL JACKSON DALAM KENANGAN.....MENINGGAL DUNIA PADA 26 JUN 2009...AKIBAT JANTUNG TERHENTI...sama2 kita sedekahkan surah Al- Fatihah, semoga dicucuri rahmat buat rohnya...

Kepergiannya cukup mengejutkan kita...dia yang aku kenali melalui lagu2nya mulanya aku bersekolah rendah hingga sekolah menengah masih mengingati lagu2nya...lagu fevret billy jeans, you're not alone, smooth criminal dll lg...dia lagenda muzik hebat serata dunia sehinggakan dia digelar Kings of Pop...dia cukup popular dengan tarian moonwalk nyer yang jadi ikutan peminat setianya...

Tiada bandingan kehebatan setiap persembahan dan lagunyer sehingga setiap lagu baru dia kiter dengar kiter leh tau saper yang menyanyikan nya...kebanyakan artwork graphic yang menjadi latar direka sendiri olehnya yang yang mementingkan kesempurnaan setiap konsertnya...biar aper pun tohmahan terhadapnya minat aku pada lagunye tetap mcm dulu...sbb aku klu dah minat lagu tak kire saper orangnye...

Walaupun kita masih keliru sama ada dia sudah memeluk Islam atau tidak...aku yakin dia sudah memeluk Islam dari fakta2 yang sahih dr bacaan aku...terpulang sapa sahaja yang menilainya...bagi aku Allah s.w.t mahu memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki...sepanjang hayatnya penuh derita sehingga saat pemergiannya yang memakan masa hampir 2 minggu baru dikebumikan pada 7 Jun 2009...Usah ditangisi pemergiannya, yang pergi tetap pergi...kita pun dah hampir ke akhir zaman...Wallahualam...

Tuesday, July 7, 2009

Order dari Penang!

huhuhu!


sekadar memenuhi order dari member dari penang set kopi untuk suami isteri...khas untuk kesihatan, biasenye aku amik order rempah soto basah buat diorg...member nih order skali ngan telur pindang dari Johor tur...aku tgh memikirkan mcamana nk bg telur pindang nih tak pecah biler sampai saner...hu3!buat cikgu Ibrahim & isteri tgu yer saye akan pos hari nih...